Langkau ke kandungan utama

Pesta Tagunggu

Pesta Tagunggu merupakan salah satu pesta tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Pesta Tagunggu merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Sungai terutamanya di sebelah Pantai Timur Sabah.

PESTA TAGUNGGU



Pesta Tagunggu adalah salah satu pesta tradisional di Sabah dan ia adalah pesta suku kaum atau etnik Sungai terutamanya di daerah kecil Paitan. Pesta ini telah diadakan sejak tahun 2006 lagi dan pesta ini telah diilhamkan oleh Datuk Ronald Kiandee yang kemudiannya dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Beluran pada masa itu. Pesta ini juga merupakan satu cara yang penting untuk penyatuan etnik Sungai di Paitan.

Pesta ini biasanya dianjurkan di Paitan setiap tahun iaitu pada penghujung bulan November. Pesta ini diadakan dengan tujuan untuk memartabatkan alat muzik tradisional etnik tersebut iaitu Tagunggu agar dapat memperkenalkan lagi alat muzik tradisi ini kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan muda etnik Sungai yang dilihat semakin kurang mengenali alat muzik tradisional ini.


Terdapat pelbagai acara yang akan dibuat ketika berlangsungnya Pesta Tagunggu ini. Antara acara yang akan diadakan adalah seperti :
01. Pertandingan Tagunggu
02. Pertandingan nyanyian lagu Sungai
03. Pertandingan masakkan tradisi
04. Persembahan tarian tradisi

Di atas ini hanyalah sebahagian saja acara, jadi terdapat banyak lagi acara lain yang akan dijalankan ketika berlangsungnya sambutan pesta ini yang mana kebanyakkan acara tersebut adalah acara yang lebih kepada untuk mengetengahkan kebudayaan etnik Sungai agar dapat memperkenalkan dan juga mempromosikan lagi kebudayaan etnik tersebut kepada penduduk tempatan, pelancong dalam negara ddan juga pelancong dari luar negara.

Dengan adanya pesta ini ianya akan dapat memperkenalkan dan mempromosi alat muzik tradisional negeri ini khususnya alat muzik etnik Sungai ke seluruh negara. Ini akan menarik perhatian peminat seni muzik dari seluruh negara sekaligus dapa menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke negeri ini dan mengenali lebih lanjut alat muzik tradisional etik di negeri ini.

Sejak pesta ini dibuat pada 2006 ianya telah berjaya menarik semula minat anak muda khususnya etnik atau suku kaum Sungai untuk lebih mendalami cara-cara bermain alat muzik tradisional seterusnya sama-sama memperkenalkan dan mempromosi lagi alat muzik dan kebudayaan mereka kepada orang ramai sama ada kepada penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara.

Nota :
Tagunggu adalah alat muzik gabungan yang terdiri daripada Gendang, Gong dan Kulintangan.



Ulasan