Pulau Lankayan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. dan merupakan sebuah pulau di Sandakan yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.
PULAU LANKAYAN
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau peranginan di Sandakan. Pulau ini merupakan antara pulau yang cantik dengan airnya yang begitu jernih. Pulau Lankayan terletak di perairan Laut Sulu, iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar Sandakan. Pulau Lankayan juga merupakan Kawasan Perlindungan Kepulauan Sugud (SMCA) yang telah diisytiharkan pada 13 Oktober 2003.
Di sini pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesis hidupan laut yang cukup banyak seperti ikan, penyu, kerang gergasi terumbu karang, kuda laut dan lain-lain lagi. Pengunjung juga dapat melihat Penyu Hijau dan Penyu Karah kerana pulau ini merupakan salah satu tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Selain itu pengunjung juga mungkin akan berpeluang melihat beberapa Ikan Yu Paus yang banyak kelihatan sekitar bulan Mac sehingga bulan Mei.
Terdapat lebih kurang 14 tapak menyelam yang terdapat di sekitar pulau ini yang mana ianya pasti akan memberi peluang kepada para pengunjung yang gemar dengan aktiviti menyelam untuk melihat sendiri kehidupan marin dan hidupan lain di laut sekitar Pulau Lankayan ini.
Pengunjung yang datang ke pulau ini tidak perlu risau tentang makanan dan juga tempat tinggal kerana terdapat kemudahan restoran dan chalet yang disediakan oleh Lankayan Dive Resort iaitu satu-satunya resort yang terdapat di Pulau Lankayan ini. Chalet-chalet yang disediakan juga cukup cantik dan lengkap dengan diperbuat daripada kayu dan diukir cantik pelbagai bentuk. Terdapat kira-kira 16 Chalet kesemuanya di pulau ini dengan pemandangannya yang menghadap ke arah laut yang cukup indah.
Pengunjung yang ingin ke Pulau Lankayan boleh menaiki bot yang terletak berhampiran dengan Yacht Club di Jalan Buli Sim-Sim iaitu lebih kurang 1 km dari pusat Bandar Sandakan. Perjalanan menaiki bot ke ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Pengunjung juga boleh menghubungi terus ejen-ejen pelancongan yang sah berdaftar agar memudahkan segala pengurusan dan perjalanan ke Pulau Lankayan ini.

Ulasan
Catat Ulasan