Langkau ke kandungan utama

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani merupakan salah sebuah pulau yang menarik di Sabah. Pulau ini terletak di dalam daerah Kota Belud, iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari Pekan Kota Belud.

PULAU MANTANANI


Credit gambar : sabahtourism

Pulau Mantanani merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Belud, Sabah. Pulau ini terletak kira-kira 80 km atau 1 jam 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud, kemudian dari Kota Belud ke pulau ini memakan masa kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot. Ia juga merupakan sebuah pulau yang cantik dengan airnya yang jernih. Terdapat 3 pulau semua di sini iaitu Pulau Mantanani Besar, Mantanani Kecil dan Lingisan (yang ini paling kecil).


Pulau Mantanani adalah tempat atau pulau yang paling sesuai untuk anda buat aktiviti menyelam dan terdapat sesetengah masyarakat mengatakan bahawa atau menggelarkan Pulau Mantanani ini sebagai 'Syurga Menyelam'. Ini kerana di pulau ini terdapat banyak kawasan menyelam yang sesuai dan setiap tapak menyelam tersebut mempunyai keunikan tersendiri. Terdapat lebih kurang 12 tempat menyelam yang ada di pulau ini.


Pengunjung yang melakukan aktiviti menyelam di Pulau Mantanani ini berpeluang melihat pelbagai spesis hidupan laut seperti ikan dan terumbu karang. Selain itu keadaan airnya yang jernih juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk membuat sesi penggambaran di dalam laut. Dan yang paling best adalah di sini pengunjung berpeluang untuk melihat keindahan matahari terbenam pada waktu petang.

Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan di pulau seperti tandas, bilik persalinan dan lain-lain lagi. Terdapat juga resort di sini yang boleh anda sewa sekiranya ingin bermalam di pulau ini.

Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Kota Belud dan seterusnya ke Jeti Kampung Kuala Abai untuk menempah dan menyewa bot disitu. Pastikan pengunjung membuat tempahan bot-bot tersebut untuk pergi dan balik agar memudahkan segala perjalanan. Kalau yang memandu kereta ke jeti ni tidak perlu risau sebab anda boleh parking kereta anda dekat jeti tersebut dengan selamat.

Tapi supaya tidak pening-pening atau risau pasal kereta dan dapat bercuti dengan tenang di pulau ini ada baiknya pengunjung menggunakan pakej yang ada di sediakan oleh ejen pelancongan tempatan (pastikan yang berdaftar) atau dari pihak resort yang ada di pulau ini seperti 
The Sutera Resort @ Pulau Mantanani. Sebab kalau pakej ni biasanya dia sudah sekali dengan pengangkutan, makanan dan sekali bayaran untuk aktiviti laut.

Ulasan