Langkau ke kandungan utama

Pulau Mengalum

Pulau Mengalum merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Pulau ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalau, Sabah. Pulau ini terletak kira-kira 55 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

PULAU MENGALUM



Pulau Mengalum adalah salah sebuah pulau yang cantik dan indah yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Pulau ini terletak di perairan Laut China Selatan iaitu kira-kira 55 km iaitu kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki bot dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Pulau Mengalum merupakan antara pulau yang cukup popular untuk aktiviti memancing ikan di laut dalam. Pulau ini juga merupakan antara pulau yang menjadi pilihan utama bagi pelancong-pelancong dari negara China yang datang ke Sabah kerana airnya yang biru jernih dan pantainya yang sangat bersih.


Aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke sini adalah seperti berenang, snorkeling, menyelam, birdwatching dan juga berkelah di pantai. Untuk aktiviti menyelam pengunjung dinasihatkan untuk memberitahu kepada pihak pengurusan pulau terlebih dahulu. Selain itu anda juga boleh berjalan mengelilingi pulau ini tapi sedia air minum lebih sikit, dan di sini juga anda berpeluang melihat satu sauh gergasi (giant anchor).

Untuk ke sini pengunjung boleh menempah atau menyewa bot yang terletak di Terminal Feri Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu. Pastikan juga pengunjung membuat tempahan dengan pemilik-pemilik bot yang berdaftrar serta pastikan juga pengunjung membuat tempahan untuk perjalanan pergi dan balik agar memudahkan perjalanan ke pulau ini.

Selain itu pengunjung yang ingin ke sini boleh juga menghubungi mana-mana ejen pelancongan tempatan yang berdaftar untuk mendapatkan pakej ke pulau ini bagi memudahkan segala pengurusan anda pergi dan balik dari Pulau Mengalum ini.

Ulasan