Langkau ke kandungan utama

Pulau Sibuan

Pulau Sibuan merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di negeri Sabah. Pulau Sibuan terletak di dalam daerah Semporna, Sabah iaitu kira-kira 45 minit menaiki bot dari Bandar Semporna

PULAU SIBUAN



Pulau Sibuan adalah salah sebuah pulau yang tercantik di daerah Semporna. Pulau ini terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari bandar Semporna dan merupakan salah satu daripada 8 pulau yang terletak di dalam Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini mempunyai pantai bersih serta cantik yang mengelilingi seluruh pulau terebut. Di bahagian tengah pulau ini pula dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa yang boleh pengunjung berteduh jika matahari terlalu panas.

Pulau ini juga merupakan salah satu pulau yang amat sesuai untuk aktiviti snorkeling, skuba, berenang, menyelam dan lain-lain lagi. Bila anda buat  aktiviti laut anda akan dapat lihat pelbagai hidupan di laut kerana airnya yang jenih. Antaranya adalah pengunjung akan dapat melihat ikan pari, sotong, penyu, ikan mandrin yang berwarna-warni, kuda laut, batu karang dan lain-lain lagi.


Untuk ke sini pengunjung yang datang dari luar daerah Sermpona, boleh menaiki bas yang menuju ke Semporna atau menaiki kenderaan sendiri dan seterusnya ke jeti untuk menempah bot. Pastikan pengunjung telah membuat temujanji dengan pengendali bot yang berdaftar perjalanan pergi dan balik agar memudahkan perjalanan anda nanti.

Nota :
Semua pulau-pulau yang yang berada dalam Taman Negara Tun Sakaran ini termasuklah Pulau Sibuan tidak mempunyai penginapan. Namun terdapat beberapa pulau yang berdekatan dan mempunyai penginapan atau resort seperti Pulau Mataking dan Pulau Pom-Pom iaitu sekitar 25 hingga 35 minit perjalanan menaiki bot. Pilihan lain anda boleh juga kembali semula ke bandar Semporna dan mencari penginapan atau hotel sebab dari Pulau Sibuan ke Semporna cuma makan masa 30 minit saja. 

Ulasan