Langkau ke kandungan utama

Pusat Kebudayaan Murut

Pusat Kebudayaan Murut merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tenom, lebih kurang 13 km dari Pekan Tenom.

PUSAT KEBUDAYAAN MURUT



Pusat Kebudayaan Murut merupakan salah satu tempat menarik di Tenom. Pusat Kebudayaan ini adalah sebuah tempat yang mempamerkan pelbagai warisan kebudayaan suku kaum Murut di Negeri Sabah dan ia juga berfungsi sebagai tempat untuk mempromosi dan mengembangkankan kebudayaan suku kaum Murut. Pusat ini terletak di Kampung Pulong dalam daerah Tenom iaitu lebih kurang 13 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Tenom melalui Jalan Tenom-Keningau dan kalau dari Kota Kinabalu pula lebih kurang 137 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan melalui Jalan Keningau-Kimanis. Tempat ini telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1994 dan siap sepenuhnya dua tahun kemudian iaitu sekitar tahun 1996.

Idea untuk menubuhkan dan mewujudkan sebuah pusat kebudayaan bagi etnik atau suku kaum Murut ini telah diilhamkan oleh Datuk Kadoh Agundong yang juga merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah pada masa itu. Antara fungsi Pusat Kebudayaan ini ialah untuk mengadakan seminar, bengkel, forum, kursus, penyelidikan kebudayaan dan lain-lain lagi yang bertujuan untuk membangunkan dan memperomosikan kebudayaan masyarakat Murut di Sabah. Keluasan kawasan Pusat Kebudayaan Murut ini adalah sekitar 33 ekar dengan 20 ekar daripada keluasan kawasan tersebut adalah Bangunan besar Pusat Kebudayaan ini yang dibina menggunakan kayu tempatan seperti kayu belian dan dianggarkan terdapat lebih kurang 207 tiang bangunan ini yang dibina dengan kayu belian kerana jenis kayu ini lebih tahan lama dan tidak mudah reput.


Pusat Kebudayaan ini juga merupakan tempat atau lokasi utama untuk sambutan Pesta Kalimaran yang merupakan pesta tradisional bagi suku kaum Murut. Ketika pesta ini berlangsung terdapat ramai orang atau pengunjung yang datang ke pusat kebudayaan ini tidak kira samaada penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara seperti dari Eropah, Amerika, Jepun dan Australia yang datang untuk melihat dan menyaksikan pelbagai acara dan juga persembahan kebudayaan tradisional yang di persembahkan oleh suku kaum Murut. Pesta ini biasanya akan disambut di Pusat Kebudayaan Murut ini pada 31 Mac setiap tahun, jadi bagi yang berminat untuk melihat lebih banyak acara, pameran, sukan, makanan tradisional, tarian traidisional dan kebudayaan tradisional suku kaum Murut lain anda boleh datang pada tarikh tersebut di pusat kebudayaan ini. 

Sekiranya tidak mempunyai kesempatan untuk datang ketika Pesta Kalimaran, anda boleh juga datang pada hari-hari biasa ke pusat kebudayaan ini sebab pusat kebudayaan ini dibuka setiap hari untuk kunjungan orang ramai dan terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan jika datang pada hari biasa termasuklah melihat persembahan kebudayaan, pameran, jualan dan lain-lain lagi. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ada yang percuma dan ada juga yang berbayar tapi jangan risau sebab harga atau bayarannya pun cukup murah. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di Pusat Kebudayaan Murut ini ialah seperti :

Aktiviti :

01. Permainan tradisi Lansaran
02. Permainan tradisi Sakimpang
03. Permainan tradisi Menyumpit
04. Bergambar pakai pakaian etnik
05. Melihat pameran kebudayaan
06. Melihat persembahan
07. Melihat jualan kraftangan
08. Mesyuarat/seminar
09. Acara lain
10. Mencuba kebudayaan etnik
11. Berbasikal

Terdapat juga beberapa kemudahan yang ada disediakan di Pusat Kebudayaan Murut ini untuk para pengunjung yang datang ke tempat ini agar dapat memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di sini. Kemudahan yang disedia ini boleh disewa sekiranya anda ingin membuat aktiviti seperti seminar, persembahan, mesyuarat dan lain-lain lagi di pusat kebudayaan ini. Antara kemudahan yang ada disediakan di pusat kebudayaan ini ialah :

Kemudahan :

01. Kafetaria
02. Tempat letak kereta
03. Basikal
04. Dewan auditorium
05. Bilik mesyuarat
06. P.A Sistem
07. Lampu
08. Gong sembilan Murut
09. Kerusi jamuan
10. Kipas/penghawa dingin
11. Kerusi plastik
12. Kanopi
13. Gelaggang sepak takraw
14. Meja panjang/pendek
15. Sofa/kerusi Vip
16. Tandas
17. Bilik pameran
18. Jualan kraftangan
19. Pakaian tradisi (sewa)

Pameran :

01. Lukisan dan arca
02. Pusat Kebudayaan Murut
03. Tajau lama
04. Pakaian tradisi
05. Senjata/peralatan lama Murut

Jualan kraftangan :

01. Rantai
02. Subang
03. Rantai kunci
04. Gelang
05. Lumpirot
06. Topi
07. Bakul
08. Sumpit
09. Tikar
10.T-shirt
11. Mug
12. Keychain

Untuk ke sini anda boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke daerah Tenom, lepas sampai ke Tenom bolehlah menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu untuk hantar anda ke tempat ini. Tetapi kalau ada kereta sendiri adalah lebih baik, kalau tidak ada boleh juga sewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan anda pergi dan balik dari tempat ini dan melawat tempat menarik lain di Tenom. 

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8 pagi - 4.30
 petang
Hari Sabtu : 9 pagi - 4 petang
Hari Ahad : 9 pagi - 2 petang

Bayaran masuk :
Dewasa (Mykad) : RM5.00
Kanak-kanak (Mykad) : RM3.00
Dewasa (warga asing) : RM10.00
Kanak-kanak (warga asing) : RM5.00
Orang kurang upaya : Potongan 20%

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan membuat tempahan boleh menghubungi pihak pengurusan Pusat Kebudayaan Murut seperti alamat di bawah ini :

Alamat : 
Pusat Kebudayaan Murut Tenom
89900, Tenom
Sabah, Malaysia.

Telefon : 011-6574 9522
Telefon : 087-302 421
Website : culture.sabah.gov.my

Ulasan