Sabah Art Gallery merupakan tempat menarik di Sabah yang merupakan sebuah Balai Seni Lukis dan terletak di Kota Kinabalu Sabah. Bangunan tetap yang baru ini telah siap dibina pada Ogos 2012.
SABAH ART GALLERY
Sumber Gambar : Wikimedia
Sumber Gambar : Wikimedia
Sabah Art Gallery atau Balai Seni Lukis Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Ia amat sesuai untuk dikunjugi oleh para pelancong yang melancong ke negeri ini. Sabah Art Gallery telah ditubuhkan sejak tahun 1984 namun tidak mempunyai bangunan sendiri yang tetap, dan beberapa dekad Sabah Art hanya menumpang atau berkongsi tempat seperti dengan Muzium Sabah dan membuat beberapa pameran lukisan di beberapa tempat yang berasingan sekitar Kota Kinabalu.
Akhirnya pada Julai 2010 bangunan tetap Sabah Art Gallery telah dimulakan pembinaannya dan siap sepenuhnya pada Ogos 2012. Bangunan tersebut telah diberikan nama Pusat Konservasi Galeri Seni Sabah atau juga dikenali dengan nama Pusat Konservasi Balai Seni Lukis sabah.
Bangunan ini kemudiannya telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman pada 9 November 2013. Bangunan Sabah Art Gallery ini dibina dengan reka bentuk dan corak yang memaparkan kebudayaan masyarakat Sabah.
Balai Seni Lukis ini menjadi salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu buat para penggemar atau peminat seni lukisan yang mana di Balai Seni Lukis ini menempatkan kira-kira 3000 hasil lukisan, ukiran dan arca yang dihasilkan oleh penduduk tempatan dan juga antarabangsa.
Balai Seni Lukis Sabah ini terletak di Kota Kinabalu Sabah iaitu lebih kurang 7 km dari pusat bandar Kota Kinabalu dan untuk ke sini pengunjung atau pelancong boleh menaiki bas dengan kadar tambang sekitar RM2.00. Selain itu anda juga boleh menaiki teksi atau pun perkhidmatan e-hailing yang lain. Pilihan lain adalah memandu kereta sendiri atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri yang penting anda ada lesen memandu.
Waktu operasi :
Selasa - Ahad : jam 9.00 pagi - 4.00 petang
Isnin dan Cuti Umum : Tutup
Bayaran masuk :
Warganegara (13 tahun ke atas) : RM5.00
Warganegara (7 - 12 tahun) : RM2.00
Pelajar (Kad Pelajar) : RM3.00
Bukan warganegara (13 tahun ke atas) : RM15.00
Bukan warganegara (6 - 12 tahun) : RM10.00
Warga Emas bayaran adalah percuma
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sabah Art Gallery di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Sabah Art Gallery
Batu 2, Jalan Penampang,
88000, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-268 748
Ulasan
Catat Ulasan