Salt Trail merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah kawasan berjalan kaki meredah beberapa kampung yang terletak di kawasan Banjaran Crocker Daerah Tambunan, Sabah.
SALT TRAIL TAMBUNAN
Salt Train atau laluan garam merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah. Tempat laluan ini terletak di dalam Daerah Tambunan dan laluan titik permulaannya(starting point) adalah dari substation Banjaran Crocker di Inobong yang terletak lebih kurang 17 km atau kira-kira 27 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Tempat ini adalah tempat yang amat sesuai kepada peminat-peminat aktiviti mendaki (hiking) dan terutama sekali aktiviti meredah hutan (junggle trekking) kerana di sini anda akan berjalan meredah hutan dan mendaki beberapa kawasan tanah tinggi yang pasti akan memberikan satu cabaran yang menarik.
Salt Trail (laluan garam) adalah salah satu laluan tradisional yang pada masa dahulu kebanyakkan penduduk kampung disekitar kawasan ini menjadikan laluan ini sebagai laluan untuk mereka membawa hasil pertanian dan lain-lain lagi untuk di bawa ke pasar-pasar tamu di sekitar daerah Bahagian Pantai Barat Sabah dan selepas menjual hasil pertanian, mereka akan pulang dengan membeli barang keperluan terutama sekali adalah garam yang menjadi satu barang keperluan pada masa itu. Walaupun kini sistem jalan raya dan ada juga sistem pengangkutan yang lebih baik, namun masih terdapat segelintir orang atau masyarakat yang masih lagi menggunakan salt trail ini terutamanya yang tinggal di sekitar Sungai Papar dan juga Tambunan.
Laluan garam merangkumi beberapa laluan kampung iaitu seperti Inobong, Terian, Buayan, Kionop dan Tilokod. Perjalanan di laluan ini akan memakan masa paling kurang adalah dalam 3 hari, jadi anda yang mahu ke sini pastikan membuat persiapan peralatan atau barang keperluan sekurangnya untuk 3 hari dan 3 malam. Laluan ini memang jauh iaitu anda akan berjalan dalam jarak 34 km tapi jangan risau sebab bukan berjalan terus selama 24 jam, tetapi anda akan singgah setiap kampung yang anda lalui untuk bermalam di homestay yang telah disediakan. Pada permulaan perjalanan dari titik mula (starting point) di substation Inobong jalan dan pendakiannya adalah agak mencabar kerana anda perlu mendaki ke atas Gunung Kebambangan yang mempunyai ketinggian kira-kira 426 meter, namun selepas dari itu perjalanan tidak terlalu mencabar.
Bermula dari titik permulaan (starting point) di substation Inobong anda akan berjalan menuju ke Kampung Terian yang mempunyai jarak perjalanan dalam 10 km atau kira-kira 7 jam perjalanan dan sebelum anda sampai ke Kampung Terian anda akan merentasi sebuah jambatan gantung yang terletak di Sungai Terian dan jika sudah lewat anda mungkin akan bermalam di kampung ini dan sambung semula perjalanan pada keesokan harinya. Anda tidak perlu risau tentang perjalanan anda sebab akan ada seorang pemandu (guide) yang akan menunjukkan jalan untuk aktiviti salt trail ini. Selepas dari Terian anda akan teruskan perjalanan ke Kampung Buayan dan jaraknya hanya kira-kira 3 jam perjalanan saja.
Dari Kampung Buayan pula anda akan berjalan ke Kampung Kionop yang mengambil masa lebih kurang dalam 3 hingga 4 jam perjalanan dan bagi yang ke sini pastikan anda sudah buat persiapan juga untuk menyeberangi sungai papar sebab untuk ke Kg. Kionop anda perlu melaui sungai tersebut. Ini salah satu cabaran yang agak mencabar ketika melakukan aktiviti salt trail sebab anda akan berjalan di sungai yang mungkin mempunyai paras air yang agak tinggi atau pun sebaliknya. Selepas dari Kg. Kionop, anda akan meneruskan perjalanan ke Kampung Tikolod yang mungkin akan memakan masa sekitar 7 jam perjalanan kerana anda mungkin akan melalui beberapa sungai dan laluan ke Tikolod juga agak mencabar kerana mempunyai bentuk tanah yang curam.
Untuk aktiviti salt trail yang mempunyai jarak yang agak jauh ini, sebaiknya anda pergi secara berkumpulan atau ramai-ramai jadi tidak juga terasa terlalu sunyi atau bosan. Kalau ramai-ramai bolehlah nanti berkongsi pengalaman masing-masing dan bolehlah juga bahagikan tugas seperti siapa yang angkat barang, bawa barang makanan, minuman dan sebagainya. Selain itu kalau ramai-ramai ke sini bolehlah jimat kos dengan berkongsi sewa kereta atau kalau kawan ada kereta boleh kongsi bayarkan minyak.

Bayaran masuk warganegara :
Umur 18 tahun ke atas : RM30.00 seorang
Umur 18 tahun ke bawah : RM12.00 seorang
Umur 55 tahun ke atas : RM30.00 seorang
Insuran : RM3.50 seorang/1 malam
Kad pengenalan : RM2.00 seorang
Sijil : RM2.00 seorang
Bayaran masuk warga asing :
Umur 18 tahun ke atas : RM80.00 seorang
Umur 18 tahun ke bawah : RM40.00 seorang
Umur 55 tahun ke atas : RM80.00 seorang
Insuran : RM3.50 seorang/1 malam
Kad pengenalan : RM2.00 seorang
Sijil : RM2.00 seorang
Bayaran di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. jadi anda boleh menghubungi pihak pengurusan Taman-Taman Sabah seperti alamat di bawah :
Alamat :
Sabah Parks
Lot 45 & 46, Level 1-5,
Block H, Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Webiste : https://www.sabahparks.org.my

Mau bawa crush sy hiking sini nanti hahaha
BalasPadam