Seruling merupakan salah satu alat muzik tradisional negeri Sabah. Alat muzik ini biasamya dimainkan ketika majlis-majlis keramaian dan juga ketika sambutan majlis rasmi.
SERULING
Seruling atau juga dikenali dengan nama 'Suling' merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Seruling merupakan antara alat muzik yang popular dikalangan masyarakat Sabah terutamanya dari suku kaum Kadazan-Dusun yang tinggal di daerah Ranau serta Kundasang dan biasanya seruling di Sabah mempunyai panjang dalam 50 cm.
Di Sabah, biasanya Seruling ini diperbuat daripada buluh bambu yang bersaiz kecil dan terdapat juga sesetengah masyarakat yang membuat seruling dengan menggunakan batang paip. Namun rentak dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih kurang sama.
Pada kebiasaannya Seruling yang dibuat atau dihasilkan mempunyai 8 lubang kesemuanya iaitu 7 daripada lubang tersebut adalah untuk menghasilkan kod atau rentak muzik manakala 1 lubang lagi akan sentiasa ditutup agar bunyi yang dihasilkan sedap atau merdu untuk di dengar.
Seruling banyak dimainkan ketika majlis-majlis keramaian dan majlis rasmi dan sesetengah orang juga ada yang memainkannya secara sendirian seperti di rumah sambil menenangkan fikiran, kerana muzik yang dihasilkan oleh alat muzik ini sangatlah merdu. Alat muzik ini sememangnya antara alat muzik yang popular dan hampir semua etnik di Sabah amat meminati alat muzik Seruling atau Suling ini.
Alat muzik ini boleh ditingkatkan bunyinya iaitu dengan beberapa cara iaitu dengan menggunakan alat resonan yang lebih besar, aliran udara yang lebih besar dan meningkatkan kelajuan aliran udara. Beratnya juga dapat ditambah dengan membesarkan alat penyalon dan lubang ton alat tersebut.

Ulasan
Catat Ulasan