Sundatang adalah salah satu alat muzik tradisional negeri Sabah. Alat muzik ini banyak atau selalu dimainkan ketika majlis-majlis rasmi dan persembahan kebudayaan di Sabah.
SUNDATANG
Sundatang adalah salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Sundatang sangat popular di kalangan kaum Pribumi Sabah terutamanya dari suku kaum Rungus. Alat muzik ini adalah alat muzik tradisional hare yang dikategorikan dalam jenis kordofon.
Sundatang merupakan alat muzik yang diperbuat daripada kayu yang bertali dan biasanya hanya ada 2 tali sahaja yang digunakan untuk membuat alat muzik Sundatang. Pada masa dahulu alat muzik ini banyak dimainkan ketika berlaku kematian dalam keluarga terdekat.
Kayu yang hendak digunakan untuk membuat Sundatang juga hendaklah menggunakan kayu yang keras agar Sundatang yang dihasilkan akan lebih tahan lama, dan biasanya menggunakan kayu yang disebut tembailing atau boleh juga menggunakan kayu nangka.
Sundatang banyak dimainkan pada majlis rasmi, persembahan kebudayaan dan ada juga sesetengah masyarakat yang memainkannya ketika masa lapang agar dapat menghilangkan rasa bosan. Di daerah Tambunan alat muzik ini biasanya dimainkan untuk mengiringi tarian Sundatang Maragang
Untuk mengubah rentak bunyi agar sesuai dengan iramanya ialah dengan cara memutarkan skru-skru kayu yang berada di hujung alat muzik ini iaitu lebih kurang macam membetulkan rentak gitar kecapi. Bila rentaknya sudah betul bolehlah mainkan alat muzik ini dengan memetik tali tali-talinya atau disebut juga tali loyang.

Ulasan
Catat Ulasan