Langkau ke kandungan utama

Sungai Padas

Sungai Padas merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Sungai Padas merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti sukan berkayak yang terletak dalam daerah Tenom, Sabah.

SUNGAI PADAS


Sungai Padas merupakan tempat menarik di daerah Tenom. Ia adalah tenpat sesuai untuk peminat-peminat sukan lasak seperti berkayak (water rafting). Sungai ini adalah antara yang terpanjang untuk sukan berkayak iaitu kira-kira sejauh 9 km dan memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Selain itu sungai ini juga telah diiktiraf antara sungai yang mempunyai jeram paling terbaik di Asia Tenggara untuk sukan berkayak.

Sungai Padas dikategorikan dalam kelas 3 dan 4 dan boleh naik ke kelas 5 ketika musim hujan. Sungai Padas mempunyai 7 jeram yang mencabar untuk dilalui oleh pengunjung yang berkayak. Antara 7 jeram tersebut adalah Head Hunter, Lambada, Scooby-Doo, Washing Machine, Mary Go Around, Snake Around, BBQ Rapid.


Biasanya setiap kayak/rakit akan ada seorang tekong atau guide yang akan arahan dan bagi memastikan keselamatan bagi setiap peserta yang mengikut aktiviti berkayak tersebut.

Untuk ke sini Sungai Padas, pengunjung boleh menyewa kenderaan, menaiki kenderaan sendiri ke Tenom. Tapi kalau naik kereta sendiri pastikan ada tempat letak kereta ada sebab dari Tenom anda akan menaiki kereta api lama (antik) untuk ke Pangi (lokasi water rafting).

Jadi adalah sebaiknya pengunjung menghubungi ejen pelancongan tempatan yang sah berdaftar untuk mendapatkan pakej ke Sungai padas, ini bagi memudahkan segala perjalanan pergi dan balik anda ke Sungai Padas.


Ulasan