Langkau ke kandungan utama

Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti

Tagal Sungai Moroli merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam daerah Ranau iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu Sabah.

TAGAL SUNGAI MOROLI





Tagal Sungai Moroli merupakan salah satu tempat menarik di Ranau yang mesti dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke daerah ini. Tagal Sungai Moroli juga disebut sebagai tempat ikan mengurut 'Fish Massage' yang mana ikan-ikan di sini akan datang secara berkumpulan dalam jumlah yang banyak ke tempat dimana pengunjung berdiri di sungai tersebut dan pengunjung akan dapat merasakan seperti kaki mereka di urut oleh ikat-ikan tersebut.

Urutan ikan-ikan ini juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti masalah penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit. Walaupun ikan di sini banyak, pengunjung tidak dibenarkan memancing di kawasan sungai ini. Sungai ini sentiasa dijaga dengan baik agar ianya berada dalam keadaan bersih dan kehidupan di sungai tersebut seperti ikan akan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak tercemar.


Pelancong yang datang ke sini juga tidak boleh sesuka hati untuk terus pergi masuk ke dalam sungai sebab mesti ikut giliran, yang mana anda akan diberikan nombor dan bila sampai giliran nombor anda barulah anda dibenarkan masuk ke dalam sungai tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada terlalu ramai orang di dalam sungai tersebut dalam satu-satu masa yang mungkin boleh menyebabkan ikan di sungai terluka atau cedera.

Sungai Moroli terletak di Kampung Luanti Ranau, pengunjung yang ingin ke sini boleh menaiki bas, menaiki kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan untuk datang ke sungai ini. Di sini juga ada disediakan beberapa rumah rehat untuk para pengunjung yang datang dari jauh atau luar daerah ranau dan ingin berehat. Selain itu terdapat juga beberapa gerai menjual makanan yang boleh anda beli.

Sekiranya anda mahu ke sini sebaiknya menaiki kenderaan sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri bolehlah menyewa kenderaan agar dapat memudahkan untuk anda pergi dan balik dari sini sekaligus dapat berjalan melawat ke lokasi menarik lain di sekitar daerah Ranau.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Warganegara 
Dewasa (dari Ranau) : RM 3.00
Kanak-kanak (dari Ranau) : RM 1.00
Dewasa (dari luar Ranau) : RM 5.00
Kanak-kanak (dari luar ranau) : RM 2.00

Warga asing
Semua : RM10.00

Nota :
Bayaran di atas adalah untuk ke sungai dan rendam kaki saja. Sekiranya ingin berendam seluruh badan, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00, dan kalau mahu memberi makan pada ikan boleh tanya pada petugas disini untuk anda membeli makanan ikan.

Ulasan