Taman Awam Bandukan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Taman ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Keningau, lebih kurang 15 km dari Bandar Keningau.
TAMAN AWAM BANDUKAN
Kredit Gambar : Discoverkeningau
Taman Awam Bandukan merupakan salah sebuah tempat menarik di Keningau dan ia adalah taman awam yang terbuka untuk semua orang sama ada orang dari daerah Keningau sendiri ataupun dari luar daerah dan negeri yang lain. Taman ini terletak di Jalan Kampung Bunsit lebih kurang 15 km atau kira-kira 23 minit perjalanan dari Bandar Keningau dan lebih kurang 124 km atau kira-kira 2 jam 19 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Keningau Kimanis. Taman Awam ini adalah salah sebuah taman rekreasi awam yang sememangnya sangat sesuai untuk orang ramai datang beriadah atau berkelah sambil melakukan berbagai aktiviti semasa musim cuti seperti cuti sekolah, cuti dihujung minggu atau pun ketika sambut hari perayaan seperti hari raya dan lain-lain lagi. Taman ini juga telah dinaiktarafkan agar dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini.
Lokasi taman ini yang tidak begitu jauh dari Bandar Keningau memudahkan orang ramai untuk mencari pengangkutan datang ke taman ini untuk meluangkan masa beriadah dan berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan ketika ada masa terluang. Taman Awam ini juga mempunyai persekitaran yang bersih dan cantik dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi menghijau yang banyak tumbuh di taman ini, akan menjadikan kawasan taman ini tidak terlalu panas dengan sinaran matahari pada waktu puncak. Ini sekaligus membolehkan para pengunjung dapat meluangkan masa lebih lama di taman ini. Selain itu sungai yang mengalir juga sangat jernih dan bersih untuk para pengunjung melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga. Tetapi sekiranya anak-anak mandi atau bermain di tepi sungai sentiasalah perhatikan mereka sebab kadang air sungai deras dan batuan di tepi sungai juga licin, jadi sentiasalah berhati-hati demi menjaga keselamatan keluarga anda.
Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di Taman Awam Bandukan ini, tidak kira aktiviti tersebut adalah aktiviti bersama keluarga, bersama rakan-rakan sekerja ataupun rakan sekolah dan guru-guru. Anda boleh senaraikan aktiviti yang mahu dilakukan sebelum datang ke taman ini, agar lawatan anda ke sini lebih teratur, lagipun kawasan ini adalah luas jadi ianya memberi peluang kepada anda untuk rancang aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keadaan taman. Tetapi yang penting sentiasa jaga keselamatan semasa melakukan aktiviti dan janganlah lakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Antara beberapa aktiviti yang mungkin boleh anda rancang untuk dilakukan apabila berada di Taman Awam ini nanti adalah seperti yang berikut :
Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di Taman Awam Bandukan ini, tidak kira aktiviti tersebut adalah aktiviti bersama keluarga, bersama rakan-rakan sekerja ataupun rakan sekolah dan guru-guru. Anda boleh senaraikan aktiviti yang mahu dilakukan sebelum datang ke taman ini, agar lawatan anda ke sini lebih teratur, lagipun kawasan ini adalah luas jadi ianya memberi peluang kepada anda untuk rancang aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keadaan taman. Tetapi yang penting sentiasa jaga keselamatan semasa melakukan aktiviti dan janganlah lakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Antara beberapa aktiviti yang mungkin boleh anda rancang untuk dilakukan apabila berada di Taman Awam ini nanti adalah seperti yang berikut :
Aktiviti :
01. Mandi sungai
02. Berkelah
03. Beriadah
04. Berkhemah
05. Sukaneka
06. Hari keluarga
07. Memancing
08. Berkhemah
09. Kerja berkumpulan
10. Kem motivasi
11. Bargambar
12. Berjalan-jalan
13. Berjoging
Datang bersama keluarga sudah pasti akan menggembirakan mereka lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang pasti akan buatkan mereka gembira apabila di bawa ke taman ini dan bermain di taman permainan yang disediakan. Tempat ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang disediakan untuk memudahkan pengunjung apabila datang ke taman ini. Antara kemudahan yang ada ialah seperti :
Kemudahan :
01. Pondok rehat
02. Tempat beriadah
03. Laluan jalan kaki/joging
04. Taman permainan kanak-kanak
05. Tandas awam
06. Gerai jualan
07. Tempat duduk
08. Resort penginapan
Dalam Taman Awam Bandukan ini ada terdapat sebuah resort iaitu Taman Bandukan Resort Riverside yang menyediakan beberapa kemudahan iaitu seperti penginapan, dewan, dan berbagai lagi kemudahan. Oleh itu sekiranya anda datang dari jauh ke Taman Awam ini bolehlah pilih resort ini sebagai tempat penginapan dan tidak perlu penat-penat cari tempat penginapan. Di resort ini ada beberapa kemudahan iaitu seperti tempat memancing, tempat barbeque, dan tempat untuk majlis perkahwinan atau majlis-majlis lain. Jadi terpulang pada anda sekiranya mahu ke resort ini ataupun sekadar datang melawat ke Taman Awam Bandukan ini saja. Sekiranya anda bercadang ke Taman Awam ini, sebaiknya anda buat beberapa persediaan seperti barang yang perlu di bawa agar perjalanan atau percutian anda ke taman ini untuk beriadah atau berkelah berjalan dengan lancar.
Bagi mereka yang ingin ke taman ini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan dari syarikat sewa kereta agar ianya dapat memudahkan perjalanan pergi dan balik dari taman ini. Manakala bagi sesiapa yang datang dari luar daerah seperti dari Kota Kinabalu boleh juga menaiki bas ekspress yang menuju ke Keningau, kemudian sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu itu untuk menghantar anda ke taman ini.
Waktu operasi :
Setiap hari
Bayaran masuk :
Bayaran masuk :
Percuma
Sy suka bagus ini tampat bagus bagus taman bondukun
BalasPadam