Taman Negara Banjaran Crocker adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Pusat Taman Negara ini terletak di daerah Keningau, Sabah iaitu kira-kira 11 km dari Bandar Keningau.
TAMAN NEGARA BANJARAN CROCKER
Taman Negara Banjaran Crocker adalah salah satu tempat menarik di Keningau yang juga merupakan salah satu daripada Taman Negara yang terdapat di dalam Negeri Sabah ini. Taman Negara Banjaran Crocker ini telah diwartakan sebagai hutan simpan pada tahun 1984, dan mempunyai keluasan sekitar 1399 kilometer persegi dengan panjangnya adalah 75 km manakala lebarnya adalah 15 km. Pusat Taman Negara Banjaran Crocker ini terletak dalam Daerah Keningau iaitu lebih kurang 72 km atau 1 jam 10 minit perjalanan dari Kota Kinabalu dan lebih kurang 10 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Keningau. Tempat ini adalah sesuai kepada mereka yang berminat dengan aktiviti meredah hutan sambil melihat pelbagai flora dan fauna serta hidupan lain di hutan.
Jika anda ke sini sila pastikan kamera atau telefon penuh bateri sebab anda mungkin akan banyak mengambil gambar keindahan alam semulajadi di sini. Ini kerana di dalam taman ini terdapat lebih kurang 500 lebih spesis tumbuh-tumbuhan, dan kira-kira 200 lebih hidupan lain seperti haiwan dan serangga termasuklah beberapa ekor Orang Utan dan Ungka. Bukan itu saja, anda juga munkgin boleh melihat keindahan Bandar Keningau dari kawasan tinggi yang ada di sini sebab kawasan ini adalah kawasan hutan dengan bentuk muka bumi yang berbukit dan bergunung-ganang. Kalau penat meredah hutan dan mahu berkhemah di dalam kawasan tapak perkhemahan yang dikhaskan pun boleh juga yang penting beritahu pihak pengurusan taman terlebih awal.
Bagi yang mahu membuat akitiviti mesyuarat atau seminar dan lain-lain lagi di taman ini boleh juga sebab di sini sudah disediakan bilik untuk mesyuarat serta beberapa kemudahan lain. Kalau yang mahu lakukan aktiviti dengan cara berkumpulan atau beramai-ramai pun boleh sebab di sini ada disediakan beberapa bilik yang mana ianya termasuklah bilik yang dapat memuatkan 36 orang dengan katil 2 tingkat, terdapat 2 bilik besar yang boleh memuatkan 16 orang satu bilik. Jadi anda tidak perlu risau tentang penginapan dan makanan sekiranya ingin melakukan beberapa aktiviti dan bermalam di sini. Tapi yang ada kemudahan ini hanyalah di kawasan Ibu Pejabat Taman Negara Crocker di Keningau, Substation Mahua di Tambunan dan juga substation Inobong di Penampang.
Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dan menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di dalam Taman Negara Banjaran Crocker ini yang pasti akan membuatkan percutian anda ke sini lebih bermakna dan ianya juga akan memberikan satu pengalaman yang baru dan indah terutamanya pada mereka yang baru pertama kali ingin mencuba untuk meredah hutan di dalam taman ini. Kalau mahu perjalanan anda meredah hutan lebih ceria dan tidak bosan adalah lebih baik sekiranya membawa keluarga atau kawan-kawan agar dapat ramai-ramai ke sini meredah hutan sambil bercerita dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Selain daripada Ibu Pejabat yang terletak di Keningau, terdapat juga beberapa substation untuk Taman Negara ini di beberapa daerah, iaitu seperti :
01. Substiation Mahua (Tambunan) yang dibuka pada tahun 2003 dan terletak kira-kira 14 km dari Pekan Tambunan. Antara tempat menarik di substation Mahua adalah Air Terjun Mahua yang setinggi 17 meter dan tempat ini juga merupakan antara tempat paling ramai dikunjungi oleh penduduk tempatan di Tambunan terutamanya bila cuti sekolah atau dihujung minggu untuk mandi di air terjun yang cukup cantik ini
02. Substation Inobong (Penampang) yang dibuka pada tahun 2003 dan ia terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Pekan Donggongon. Di sini pula tempat yang menarik adalah air terjun dan juga Salt Trail.
03. Substation Ulu Senagang yang terletak di kaki Banjaran Crocker iaitu di sempadan antara Daerah Tenom dan juga Daerah Keningau. Substation ini tidak banyak kawasan menarik, cuma ada beberapa kawasan berkelah yang cantik dan berhampiran dengan sungai.
Substation lain adalah seperti Substation Melalap yang terletak di Tenom, Substation Ulu Kimanis di Papar dan Substation Ulu Membakut yang terletak di Beaufort, ketiga-tiga substation ini lebih kepada sebagai kawasan kajian dan pengurusan jadi ia bukanlah tempat atau kawasan yang sesuai untuk bercuti atau beriadah sebab tidak ada sebarang kemudahan yang disediakan di kawasan ini.
Untuk ke pusat atau Ibu Pejabat Taman Negara Banjaran Keningau sebaiknya anda memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus ke sini. Ini adalah bagi mudahkan pergerakan pergi dan balik anda dari sini dan untuk membeli barang keperluan untuk ke sini seperti makanan dan lain-lain lagi
Waktu operasi :
Isnin - Khamis: 8 pagi - 1 petang / 2 petang - 5 petang
Jumaat : 8 pagi - 11.30 pagi / 2 petang - 5 petang
Sabtu & Ahad : Tutup
Bayaran masuk Warganegara :
18 tahun ke atas : RM3.00
18 tahun ke bawah : RM1.00
55 tahun ke atas : RM1.00
16 tahun ke bawah (pelajar) : RM0.50
6 tahun ke bawah : Percuma
Bayaran masuk Warga Asing :
18 tahun ke atas : RM10.00
18 tahun ke bawah : RM6.00
55 tahun ke atas : RM10.00
16 tahun ke bawah : RM0.50
6 tahun ke bawah : Percuma
Harga di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa dan bayaran masuk ini biasanya sama dengan substation lain seperti substation Mahua dan Inobong. Ini adalah harga bayaran masuk saja, untuk masuk ke tempat menarik di kawasan ibu pejabat atau substation anda akan di kenakan bayaran lain.
Maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan hubungi pihak pengurusan Pihak Taman-Taman Sabah seperti alamat di bawah :
Alamat :
Sabah Parks
Lot 45 & 46, Level 1-5,
Block H, Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Webiste : sabahparks.org.my
😃
BalasPadam