Tarian Kuda Pasu merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Bajau terutamanya mereka yang tinggal di daerah Kota Belud, Sabah.
TARIAN KUDA PASU
Tarian Kuda Pasu atau juga lebih dikenali dengan nama tarian Kuda Pacu yang bermaksud kuda pacuan merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini merupakan tarian tradisi bagi etnik Bajau terutamanya dari suku Bajau Samah yang kebanyakkannya tinggal di daerah Kota Belud, Sabah. Tarian Kuda Pasu ini telah mula diperkenalkan pada tahun 1975 oleh seorang penduduk di Kota Belud dari suku Bajau Samah iaitu Jeffery bin Oleh yang sehingga kini tarian ini masih lagi terus dipersembahkan dimana-mana majlis dan acara yang berkaitan dengan suku kaum Bajau.
Tarian Kuda Pasu pada asalnya merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari yang terdiri dari mereka yang mahir menunggang kuda untuk menyambut ketibaan panglima perang atau kerabat diraja. Tarian ini juga adalah dipersembahkan dengan tujuan untuk menyambut atau pun mengiringi pengantin lelaki dan rombongannya yang datang ke rumah pengantin perempuan. Selain itu tarian ini juga pada asalnya hanyalah ditarikan atau dipersembahkan oleh golongan penari lelaki sahaja namun kini golongan wanita juga telah dibenarkan untuk mempersembahkan tarian ini ketika di majlis keramaian atau pun persembahan kebudayaan.
Tarian ini biasanya akan dipersembahkan atau ditarikan oleh beberapa orang penari secara berpasangan antara lelaki dan wanita ataupun golongan penari lelaki sahaja sebagaimana asalnya tarian ini. Penari lelaki dan wanita akan memakai pakaian tradisi mereka yang berwarna warni iaitu penari lelaki akan memakai seluar panjang, baju blaus lengan panjang, selendang yang digantung dileher, memakai tanjak atau tengkolok dan memakai samping yang diikat dipinggang. Manakala bagi penari dari golongan wanita pula mereka akan memakai skirt panjang, baju blaus lengan panjang, selendang yang digantung dileher, memegang sapu tangan (biasanya berwana merah) dan juga pakai perhiasan dikepala mereka yang dipanggil timpak. Biasa warna pakaian yang dipakai oleh penari adalah seperti warna biru, merah, kuning keemasan dan warna putih.
Gerakan tarian ini adalah seakan-akan seperti orang yang sedang menunggang kuda yang mana penari lelaki akan membuat gerakan yang menggambarkan kegagahan dan kehandalan lelaki dari etnik Bajau dalam menunggang kuda. Penari lelaki akan gerakkan satu tangan ke atas searas bahu dan sebelah lagi akan diletakkan dipinggang atau dipinggul sambil membongkok siku dan yang memberikan keunikan pada tarian ini adalah gerakan kaki penari yang dipanggil 'kuda-kuda'. Penari wanita pula akan pegang sapu tangan di kiri dan kanan tangan mereka sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan.

Sehingga kini, tarian ini selalu dipersembahkan atau ditarikan oleh etnik Bajau dari suku Bajau Samah ketika sambutan majlis keramaian, majlis ramsi dan juga persembahan kebudayaan. Ini adalah untuk mempromosikan lagi tarian tradisional ini kepada orang ramai tidak kira sama ada penduduk tempatan atau kepada pelancong dari luar negara yang datang ke negara ini dan ke Negeri Sabah.
Ulasan
Catat Ulasan