Tarian Magalai Labuk merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Dusun Labuk yang tinggal di daerah Beluran dan Telupid Sabah.
TARIAN MAGALAI LABUK
Credit Gambar : Ellywati
Tarian Magalai Labuk merupakan salah satu tarian tradisional bagi suku kaum Dusun Labuk yang tinggal di Beluran dan Telupid, di Sabah. Pada mulanya tarian ini ditarikan tanpa ada rentak yang tetap, ia kemudiannya telah di atur semula pada tahun 1980an dan mempunyai rentak tarian yang teratur. Magalai adalah bermaksud menari dalam bahasa etnik Dusun Labuk, manakala labuk pula merujuk ialah merujuk kepada daerah Labuk Sugut (kini Beluran).
Rentak tarian ini menggambarkan beberapa pergerakan daripada haiwan, iaitu contohnya seperti pergerakan burung helang, ayam dan juga burung merak. Ia adalah bertujuan agar rentak tarian ini akan kelihatan lebih menarik sekaligus dapat memberikan hiburan kepada para penonton yang melihatnya. Ia juga menjadikan tarian ini akan kelihatan lebih unik.

Biasanya tarian ini akan ditarikan berpasangan iaitu lelaki dan wanita dengan memakai pakaian tradisional etnik tersebut. Gerakan tarian di antara penari lelaki dan penari wanita juga kelihatan seragam yang mana tangan mereka di angkat tidak melebihi paras telinga sambil menghentakkan kaki dengan secara perlahan. Cuma yang bezanya ada 1 gerakan yang hanya akan dilakukan oleh penari lelaki iaitu dengan gerakan melompat, manakala pula wanita akan buat gerakan melutut.
Seperti tarian-tarian lain, tarian ini juga akan ditarikan sambil diiringi dengan muzik iringan tradisi bagi suku kaum tersebut yang disebut Titik Tungkil. Alat muzik ini adalah 3 jenis gong yang dinamakan Tulakan, Tunggal dan juga Babandil. Ketiga-tiga gong ini mempunyai rentak bunyi yang berbeza antara satu sama lain. Selain itu 1 set kulintangan juga akan digunakan ketika menari tarian ini dan set kulintangan ini mempunyai 9 gong kecil yang juga bunyinya berbeza.
Tarian ini kini masih lagi merupakan salah satu tarian yang amat popular dan dikalangan suku kaum Dusun Labuk dan ia banyak dipersembahkan ketika ada majlis-majlis keramaian seperti kahwin, persembahan kebudayaan dan juga ketika sambutan Pesta Kaamatan.
Tarian ini sememangnya dapat menarik perhatian orang ramai yang melihat kerana cara tariannya yang dianggap unik. Dengan tarian ini juga akan dapat memperkenalkan lagi kebudayaan etnik Dusun Labuk kepada golongan muda atau penduduk tempatan serta pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Ulasan
Catat Ulasan