Tawai Rainforest Camp merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pusat rekreasi dan juga tapak perkhemahan di hutan ini terletak di dalam daerah Telupid, Sandakan, Sabah.
TAWAI RAINFOREST CAMP
Tawai Rainforest Camp (TRC) merupakan salah satu tempat menarik di Telupid yang juga antara Hutan Simpan yang terdapat di Sabah, khususnya di daerah Sandakan. Tempat ni sangat sesuai di kunjungi oleh orang ramai atau pelancong yang berminat dengan aktiviti meredah hutan. Tempat ini berada tidak jauh dari Pekan Telupid iaitu lebih kuang 5 km saja, manakala dari Bandar Sandakan pula kira-kira 146 km atau lebih kurang 2 jam 30 minit perjalanan dan ia telah dibuka pada tahun 2016.
Lokasi tempat ini adalah di dalam kawasan Hutan Simpan Tawai yang mana ia adalah berada dibawah pengurusan dan penjagaan Jabatan Perhutanan Sabah di Telupid. Di sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan sambil beriadah bersama keluarga atau pun rakan-rakan sambil berkhemah di kawasan tapak perkhemahan yang telah disediakan. Kawasan tapak perkhemahan tersebut tidak terlalu jauh dari pusat pendaftaran masuk jadi ianya sesuai untuk seisi keluarga bercuti ke sini pada musim cuti sekolah atau dihujung minggu sambil menenangkan fikiran dari kesibukan kota.
Di TRC selain daripada tapak perkhemahan, terdapat juga chalet dan dewan terbuka yang disediakan kepada para pengunjung yang ingin bermalam di kawasan ini setelah penat mendaki ke Air Terjun Tawai. Tapi untuk aktiviti ke air terjun ini kanak-kanak adalah tidak sesuai kerana perjalanannya yang agak jauh dan berisiko untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang ingin pergi mendaki (hiking) ke air terjun, sebaiknya anda pakai pakaian yang lebih sesuai dan bawa beberapa barang yang perlu untuk dibawa sahaja dan jangan bawa terlalu banyak takut tidak larat mahu berjalan nanti di tengah hutan.
Pendek kata bawalah apa yang patut untuk jungle trekking dan mendaki air terjun. Ini kerana air terjun ni jauh sikit dari pusat pendaftaran iaitu dari TRC ke starting point air terjun ini saja adalah sejauh 30 km (pergi/balik) dan dengan jalannya yang tidak berturap. Manakala jarak perjalanan mendaki ke air terjun dari starting point pula sejauh lebih kurang 14 km (pergi/balik). Jadi sebaiknya anda buat persiapan awal untuk memudahkan anda buat aktiviti mendaki nanti.
Untuk ke sini, pengunjung sebaiknya datang dengan berkumpulan agar dapat jimatkan kos (boleh kongsi-kongsi) dan tidak juga bosan sendiri-sendiri di dalam hutan. Kalau ke sini boleh memandu kereta sendiri atau melalui ejen pelancongan yang sah berdaftar agar dapat memudahkan perjalanan pergi dan balik ke lokasi anda.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 4.30 petang
Bayaran masuk warganegara :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM2.00
Bayaran masuk bukan warganegara :
Dewasa : RM15.00
Kanak-kanak : RM7.00

(Bayaran di atas ni tidak termasuk kalau anda mahu sewa chalet atau lain-lain lagi di kawasan tapak perkhemahan)
Manakala bagi yang ingin melakukan jungle trekking dan melawat ke Air Terjun Tawai, bayaran yang dikenakan adalah seperti di bawah ini :

Bayaran pengangkutan ke starting point :
1-5 orang : RM50.00
(boleh kongsi bayar dengan kawan)
Bayaran penunjuk jalan (guide) :
1-5 orang : RM100.00
(boleh kongsi bayar dengan kawan)
Bayaran sijil (jika berminat) :
Seorang / sekeping : RM10.00
Nota :
01. Pastikan anda, keluarga atau kawan anda tidak membuang sampah merata-rata semasa di tapak pekhemahan atau pun semasa di kawasan air terjun.
02. Sekiranya anda mahu memandu kereta sendiri ke starting point air terjun boleh juga tapi pihak pengurusan TRC tidak akan bertanggungjawab jika ada apa-apa yang berlaku kepada kereta anda sebab tidak ada pengawal di starting point tersebut. Jadi sebaiknya bayar dan guna pengangkutan yang disediakan oleh pihak TRC untuk lebih selamat.
03. Yang paling penting adalah pastikan stamina dan kesihatan anda berada dalam keadaan yang cukup baik sekiranya ingin mendaki ke air terjun kerana jarak perjalanannya yang agak jauh dan tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah kesihatan.
04. Sila buat tempahan awal dalam bebeapa hari terlebih dahulu sebelum anda ke sini agar persiapan dapat dibuat dan juga bagi memastikan ada kekosongan seperti tapak perkhemahan pada masa tersebut.

05. Bagi yang bermalam di sini, pastikan ikut semua peraturan yang telah disediakan oleh pihak Tawai Rainforest Camp untuk kebaikan dan keselamatan anda serta keluarga atau rakan.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan TRC iaitu Pejabat Jabatan Hutan Telupid di alamat seperti berikut :

Alamat :
Jabatan Hutan Telupid
Telefon : 089-521 743
Faks : 089-521 742
Telefon : 089-521 743
Faks : 089-521 742
mantap bos..mhon kbenran gunakan sdkit maklumat berkaitan utk tjuan vlogin..tq
BalasPadamNak tanya kalau nak sewa chalet utk 1 Family agak2 nya berapa untk sehari yee
BalasPadam