Tenom merupakan salah sebuah daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah dan daerah ini termasuk di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu lebih kurang 154 km atau kira-kira 2 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Segala urusan pentadbiran dan juga urusan pembangunan daerah Tenom diurus oleh Majlis Daerah Tenom yang terletak di Pekan Tenom.

TENOM

Tenom merupakan salah satu daerah kecil yang termasuk dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah dan daerah ini terletak lebih kurang 154 km atau lebih kurang 2 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Daerah Tenom mempunyai keluasan kawasan 2238 km persegi atau 854 batu persegi dengan dengan kebanyakkan daripada kawasan di daerah ini adalah terdiri daripada kawasan bukit bukau dan majoriti penduduk di daerah ini adalah dari suku kaum Murut dari etnik Tagol dan Timugon. Pusat pentadbiran daerah Tenom terletak di Pekan Tenom yang ditadbir dan diuruskan oleh Majlis Daerah Tenom dibawah pengawasan Pengerusi Majlis Daerah. Kedudukan Tenom berada di barat daya negeri ini yang berhampiran dengan beberapa daerah lain dalam Bahagian Pedalaman seperti Keningau, Sipitang dan Beaufort, selain itu daerah ini terletak berhampiran dengan sempadan negeri Sarawak dan juga Kalimantan. Terdapat dua batang sungai utama terdapat di daerah ini iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan, kedua-dua sungai ini berfungsi sebagai sumber bekalan air dan juga sebagai sumber pengairan kepada beberapa kawasan pertanian di sekitar daerah ini. Dengan adanya bekalan air sungai yang agak banyak di daerah Tenom dan jumlah taburan hujan di sini yang cukup banyak setiap tahun maka telah dibina sebuah iaitu empangan janakuasa hidro elektrik Tenom-Pangi yang berfungsi untuk membekalkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan atau daerah di seluruh Sabah terutama sekali ke daerah Kota Kinabalu.
Menurut catatan, daerah Tenom telah pun dibuka secara rasminya oleh pihak British sekitar awal tahun 1900an iaitu apabila pihak British membuka Ladang Sapong dan Ladang Melalap. Ketika pembukaan daerah ini awalnya hanya lebih dikenali dengan nama Port Birch iaitu nama yang diambil bersempena nama Gabenor British iaitu Gabenor E.W Birch yang bertugas di daerah ini sekitar tahun 1901 sehingga 1904. Pegawai Daerah British pertama yang telah dilantik untuk melaksanakan urusan pentadbiran di daerah ini ialah M.C.M Weedon. Pada tahun 1904, satu laluan jalanan keretapi telah siap dibina yang menghubungkan daerah Beaufort dan Tenom dan juga Melalap, pada tahun tersebut itu juga dikatakan nama Tenom mula digunakan, walau bagaimanapun banyak juga pendapat lain mengenai bila mulanya penggunaan nama tersebut, dan nama ini terus digunakan sehingga pada masa kini. Walaupun dikatakan pihak British mula membuka Tenom pada awal tahun 1900, namun menurut sejarah kawasan daerah ini telah pun lama diduduki beberapa ribu tahun dahulu lagi atau boleh dikatakan sejak zaman prasejarah. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan di beberapa tempat dalam daerah ini yang telah menjumpai beberapa barang prasejarah seperti peralatan yang diperbuat daripada batu seperti batu penukul beliung yang biasanya digunakan oleh orang zaman prasejarah terutamanya dari suku kaum Murut yang majoriti tinggal di daerah ini. Peralatan yang dibuat daripada batu ini biasanya digunakan untuk memburu dan juga membuat aktiviti lain.
Dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau serta tanah rata yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian maka kebanyakkan penduduk di daerah ini adalah berkerja sebagai petani, ini dapat dilihat dengan banyaknya kawasan di sini yang dibuka untuk tanaman pertanian dan dikatakan lebih daripada 30 ribu hektar kawasan di daerah ini dijadikan kawasan pertanian untuk tanaman seperti pokok getah, koko dan padi. Selain itu terdapat pokok kopi yang ditanam di sini yang menjadi antara tanaman utama daerah ini hinggakan daerah ini cukup terkenal sebagai pengeluar kopi yang begitu popular terutama sekali bagi penduduk di negeri ini iaitu kerana rasanya yang cukup lazat dan kopi tersebut lebih popular dengan panggilan Kopi Tenom. Walaupun pertanian adalah pekerjaan utama dan juga punca pendapatan utama bagi penduduk di daerah ini namun terdapat juga perkerjaan lain yang dilakukan oleh penduduk Tenom iaitu seperti penternakan dan ada juga yang bekerja dalam industri perkilangan. Pada masa kini jumlah penduduk di daerah ini dianggarkan sekitar 60 ribu ke 70 ribu orang dan majoriti penduduk di daerah ini adalah dari suku kaum Murut. Terdapat juga beberapa suku kaum lain yang tinggal di daerah ini iaitu seperti Kadazan-Dusun, Cina, Melayu, Lundayeh dan lain-lain lagi. Selain itu penduduk daerah ini juga mempunyai beberapa kepercayaan atau pegangan agama, namun walaupun berbeza bangsa dan agama mereka sentiasa hidup bersatu dan saling tolong menolong antara satu sama lain termasuklah ketika menyambut majlis keramaian tidak kira majlis itu rasmi ataupun tidak rasmi.
Daerah Tenom kini semakin maju ke hadapan dan seiring dengan kemajuan ini juga terdapat banyak tempat menarik yang telah diwujudkan di daerah ini agar dapat menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negar auntuk datang ke sini sekaligus dapat meningkatkan lagi pendapatan penduduk tempatan di daerah Tenom. Memang banyak banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh anda sekiranya datang ke daerah ini dan kebanyakkan tempat menarik ini juga menjadi antara tempat utama pelancong yang datang dari luar negara apabila datang ke Negeri Sabah. Berikut di bawah ini adalah antara tempat yang boleh anda kunjungi :
Tempat menarik :
01. Taman Pertanian Tenom
02. Taman Orkid
03. Pusat Kebudayaan Murut
04. Air Terjun Sapang
05. Batu Berukir
06. Tugu Antanom
07. Tenom Valley
08. Sungai Padas
09. Rundum Highlands
10. Yit Foh Coffee Park
Daerah Tenom juga tidak ketinggalan dari arus pembangunan yang mana terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan sejak dari dahulu lagi agar dapat memastikan setiap orang atau penduduk di daerah ini dapat merasai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan tidak kira di bandar mahupun kampung.
Kemudahan :
01. Sekolah Rendah
02. Buah Sekolah Menengah
03. Hospital Daerah
04. Klinik Kesihatan
05. Klinik Desa
06. Balai Polis
07. Balai Bomba
08. Bekalan Air Bersih
09. Bekalan Elektrik
10. Jalan Raya
11. Internet
12. Rangkaian Telefon
13. Keretapi
14. Pengangkutan Awam

Ulasan
Catat Ulasan