Tongkungon merupakan salah satu alat muzik tradisional Negeri Sabah. Alat muzik ini juga biasanya dimainkan sebagai hiburan di waktu lapang dan juga ketika majlis keramaian.
TONGKUNGON
Untuk memainkan alat muzik Tongkungon ini, para pemain akan gunakan jari mereka untuk memetik tali-tali yang terdapat pada Tongkungon dengan cara meletakkan beberapa jari di sebelah kiri dan beberapa jari di sebelah kanan, yang penting dapat memainkan kesemua tali tersebut.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat alat muzik Tongkungon juga adalah mudah untuk didapati iaitu hanya dengan menggunakan bambu dan juga tali sahaja (tali boleh dibuat daripada kulit bambt tersebut).
Apa yang menariknya alat muzik ini adalah ia dapat menggantikan alat muzik Gong Sopogandangan sekiranya muzik tersebut tidak diguna didalam seuatu majli yang ada mempersembahkan tarian Magarang, ini kerana Tongkungon mempunyai bunyi atau rentak yang sama dengan gong tersebut.
Tongkungon adalah sebuah alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah. Tongkungon juga merupakan sejenis alat muzik tradisional yang bertali dan ia selalu dimainkan untuk menghilangkan rasa bosan atau ketika ada masa lapang. Panjang Tongkungon biasanya 70 cm atau lebih kurang dua kaki. Ia juga dikategorikan dalam alat muzik kordofon
Sebahagian bambu ini dibiarkan berlubang atau terbelah bagi membolehkan gema bunyi yang dihasilkan adalah besar dan nada bunyi juga lebih tinggi. Tali Tongkongon biasanya diambil dari kulit bambu tersebut yang dikuis keluar bagi menghasilkan tujuh tali yang kemudian nada bunyinya diselaraskan menggunakan potongan bambu kecil dipanggil pomodu atau ponodul dan diselitkan di bawah tali-tali tersebut.
Kesemua tali ini juga diberikan nama yang mana nama-nama tersebut adalah berdasarkan nama set Gong Sopogandangan iaitu bobogon, tagung tolombou, tagung tohison, kuribadon, kutou kutowon, tawag dan tongtoangon. Kadang kala Tongkungon juga di buat dengan menggunakan sebnyak 8 utas tali iaitu 4 tali di bahagian kanan dan 4 lagi di sebelah kiri. Biasanya tali-tali ini mempunyai saiz yang berbeza, ada yang bersaiz kecil dan halus agar dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring.
Sebahagian bambu ini dibiarkan berlubang atau terbelah bagi membolehkan gema bunyi yang dihasilkan adalah besar dan nada bunyi juga lebih tinggi. Tali Tongkongon biasanya diambil dari kulit bambu tersebut yang dikuis keluar bagi menghasilkan tujuh tali yang kemudian nada bunyinya diselaraskan menggunakan potongan bambu kecil dipanggil pomodu atau ponodul dan diselitkan di bawah tali-tali tersebut.
Kesemua tali ini juga diberikan nama yang mana nama-nama tersebut adalah berdasarkan nama set Gong Sopogandangan iaitu bobogon, tagung tolombou, tagung tohison, kuribadon, kutou kutowon, tawag dan tongtoangon. Kadang kala Tongkungon juga di buat dengan menggunakan sebnyak 8 utas tali iaitu 4 tali di bahagian kanan dan 4 lagi di sebelah kiri. Biasanya tali-tali ini mempunyai saiz yang berbeza, ada yang bersaiz kecil dan halus agar dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring.
Untuk memainkan alat muzik Tongkungon ini, para pemain akan gunakan jari mereka untuk memetik tali-tali yang terdapat pada Tongkungon dengan cara meletakkan beberapa jari di sebelah kiri dan beberapa jari di sebelah kanan, yang penting dapat memainkan kesemua tali tersebut.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat alat muzik Tongkungon juga adalah mudah untuk didapati iaitu hanya dengan menggunakan bambu dan juga tali sahaja (tali boleh dibuat daripada kulit bambt tersebut).
Apa yang menariknya alat muzik ini adalah ia dapat menggantikan alat muzik Gong Sopogandangan sekiranya muzik tersebut tidak diguna didalam seuatu majli yang ada mempersembahkan tarian Magarang, ini kerana Tongkungon mempunyai bunyi atau rentak yang sama dengan gong tersebut.
5 stars
BalasPadam