Langkau ke kandungan utama

Tugu Kalabakan

Tugu Kalabakan merupakan salah satu tugu yang terdapat di negeri Sabah. Tugu Kalabakan adalah bagi memperingati jasa pahlawan negara ketika berlakunya konfrontasi Malaysia-Indonesia.

TUGU KALABAKAN

Sumber Gambar : Wikimedia

Tugu Kalabakan merupakan salah satu tugu yang terdapat di sebelah Pantai Timur Negeri Sabah iaitu di daerah Tawau. Tugu ini terletak di Kalabakan, Tawau iaitu kira-kira 90 km dari Bandar Tawau dan ia dibina adalah untuk memperingati dan mengenang jasa tentera dan pahlawan negara terutamanya tentera dan pahlawan di Negeri Sabah yang terkorban dalam mempertahankan negara ketika berlakunya Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963. 

Insiden di Kalabakan ini berlaku pada 29 Disember 1963 apabila pihak Tentera Negara Indonesia (TNI) telah menyerang secara mengejut ke atas pos kawalan tentera dan polis di Kalabakan. Sewaktu serangan mengejut tersebut pasukan tentera dan polis Malaysia sedang bersiap untuk menunaikan fardhu solat Isya', yang mengakibatkan seorang pegawai dan tujuh orang anggota platun 1, Kompeni A3 RAMD telah terkorban dan kira-kira 18 orang anggota lain lagi telah tercedera.


Namun dengan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan negara anggota tentera dan polis negara Malaysia telah menyerang balas kembali dan akhirnya berjaya mengalahkan Tentera Indonesia dan memaksa pasukan TNI berundur selepas melihat ramai anggota mereka terkorban. Seramai lebih dari 20 orang tentera TNI terkorban pada masa itu manakala lebih 50 orang lagi telah ditahan dalam operasi susulan yang dibuat oleh Tentera Malaysia.


Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah berlaku apabila Indonesia yang di pimpin Presiden Indonesia pada ketika itu iaitu Sukaerno berasa tidak berpuas hati dengan Pembentukan Malaysia, lebih-lebih lagi apabila Sabah dan Sarawak memilih menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Ini menyebabkan mereka menjadi marah, seterusnya mengumumkan Konfrontasi ke atas Malaysia.

Konfrontasi ini telah berlangsung beberapa tahun dan pada 28 mei 1966 satu rundingan antara kerajaan baru Indonesia dibawah pimpinan Presiden Suharto yang menggantikan Sukarno telah dibuat di Bangkok, Thailand yang mana Presiden Suharto telah menghantar Naib Presiden Indonesia iaitu Tun Adam Malik untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Akhirnya pada tanggal 11 Ogos 1966, satu perjanjian telah ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia dan kemudian ia dirasmikan pada 13 Ogos 1966 yang menandakan tamatnya Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia. Dua Tugu Peringatan telah dibina pada tahun 1969 iaitu masing-masing satu di Bandar Tawau dan satu lagi di Kalabakan iaitu dimana berlakukan insiden berdarah tersebut.


Ulasan