Tugu Pahlawan Tambunan merupakan salah satu tugu yang terdapat di negeri Sabah. Tugu ini juga disebut dengan nama Tugu Pahlawan Gombunan dan terletak di Tamu Pekan Tambunan, Sabah.
TUGU TAMBUNAN
Tugu Pahlawan Tambunan merupakan salah satu tugu yang terdapat di daerah Tambunan Sabah. Ia terletak di kawasan Tamu Pekan Tambunan. Selain nama Tugu Pahlawan Tambunan, terdapat juga sesetengah penduduk tempatan yang menyebutnya sebagi Tugu Pahlawan Gombunan. Tugu ini juga merupakan lambang bagi daerah Tambunan kerana dikatakan nama daerah ini diambil sempena nama pahlawan tersebut.
Tugu yang dibina ini menunjukkan 2 orang pahlawan yang berdiri sambil memegang senjata tradisional mereka. Dua orang pahlawan tersebut adalah menunjukkan dua puak pahlawan di daerah ini pada suatu masa dahulu iaitu puak Tamadon dan puak Gombunan yang telah bersatu dan bergabung nama seterusnya menjadikan nama daerah ini 'Tambunan'. Nama 'Tam' diambil dari singkatan nama puak Tamadon dan 'Bunan' di ambil dari singkatan nama puak Gombunan.
Puak Gombunan dikatakan adalah puak yang tinggal di kawasan dataran manakala puak Tamadon pula tinggal di kawasan bukit. Puak Tamadon telah berhijrah ke kawasan dataran dan bergabung dengan puak Gombunan dan mereka bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi menghalang serangan daripada puak Tonsudung yang selalu menyerang puak Gombunan pada masa itu.
Puak Tonsudung yang tidak menyedari akan adanya gabungan antara 2 puak ini iaitu puak Gombunan dan puak Tamadon telah menyerang kawasan puak puak Gombunan dan satu pertempuran yang dasyat telah berlaku dan dalam pertempuan tersebut puak Tonsudung telah kalah teruk dan menyebabkan sebilangan besar pahlawan mereka telah lari ke hutan.
Puak Gombunan dan puak Tamadon yang telah menang dalam pertempuran itu kemudiannya meraikan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta besar-besaran dan kemuncak pesta tersebut adalah terdapatnya persetujuan orang tua kedua-dua pihak dengan mengambil nama TAM dari puak Tamadon dan nama BUNAN dari puak Gombunan untuk digabungkan menjadi nama TAMBUNAN seperti yang ada sekarang ini.

Ulasan
Catat Ulasan