Tugu Peringatan Mat Salleh merupakan salah satu tugu yang terdapat di negeri Sabah. Tugu Mat Salleh ini terletak di dalam daerah Tambunan, iaitu lebih kurang 4 km dari Pekan Tambunan, Sabah.
TUGU PERINGATAN MAT SALLEH
Credit Gambar : Wikipedia
Credit Gambar : Wikipedia
Tugu Peringatan Mat Salleh merupakan salah satu tugu di Sabah yang terletak di daerah Tambunan. Tugu ini telah mula dibuka kepada kunjungan orang ramai pada tahun 1999 dan terletak di Kampung Tibabar Tambunan, Sabah. Kawasan tugu ini merupakan tempat atau tapak kubu dan tempat di mana Mat Salleh telah terkorban dan lokasi tugu ini adalah 4 km dari pekan Tambunan.
Tugu ini dibina adalah bagi memperingati Mat Salleh yang dianggap sebagai seorang pejuang kebebasan Borneo Utara (Sabah) yang telah berjuang untuk menentang pentadbiran British di Sabah yang telah banyak menyusahkan masyarakat tempatan. Tugu peringatan ini juga dihiasi taman yang cantik dan terdapat juga papa papan tanda yang menerangkan kronologi perjuangan Mat Salleh dari mula penentangannya sehingga beliau terkorban. Terdapat juga plak menerangkan penentangannya terhadap Syarikat Borneo British selama 6 tahun sehingga beliau terbunuh pada tahun 1900.
Sebelum adanya pentadbiran British di Sabah, Mat Salleh merupakan antara pemimpin tempatan yang berpengaruh dari segi perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan seperti dalam menguruskan pemungutan cukai penduduk dan lain-lain lagi. Namun dengan kedatangan British yang telah mewujudkan pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan telah mula menjajah Borneo Utara, maka mereka telah mengambil alih hak pungutan cukai selain mengenakan cukai yang lebih tinggi ke atas penduduk tempatan.
Keadaan ini telah menyebabkan Mat Salleh telah cuba membuat rundingan tentang cukai namun tidak dipeduli oleh pihak British dan menganggap beliau seorang yang akan mengancam kepentingan SBUB di Sabah. Selain dari Mat Salleh, terdapat juga beberapa persatuan dari penduduk tempatan yang telah cuba untuk memohon agar pihak SBUB mempertimbangkan tentang kenaikan harga cukai yang telah membebankan rakyat namun tetap gagal.
Antara kenaikan cukai yang dianggap telah membebankan rakyat adalah cukai beras, Selain itu SBUB juga dikatakan telah mengenakan cukai tetap untuk lesen kepada setiap penduduk tempatan yang mempunyai perahu. Ini sekaligus telah menyukarkan kehidupan penduduk tempatan yang mana pada masa itu boleh dikatakan perahu merupakan salah satu pengangkutan utama penduduk tempatan bergerak ke dari satu tempat ke tempat yang lain perahu juga adalah pengangkutan untuk mereka keluar mencari rezeki.
Akibat daripada tidak dipedulikan oleh pihak British, akhirnya Mat Salleh telah memulakan penentangannya yang bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikutnya menyerang pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya dan kemudian menyerang Pejabat Residen Kompeni di Ambong, Kota Belud. Pada Disember 1897 pihak British telah menyerang balas kubu Mat Salleh di Ranau namun gagal dan terpaksa berundur. Sebulan kemudian iaitu pada awal tahun 1898 pihak SBUB sekali lagi menyerang Ranau dengan tentera yang lebih ramai yang menyebabkan Mat Salleh terpaksa berundur ke Kg. Tibabar Tambunan dan membina kubu yang lebih kuat.
Beberapa kali pihak SBUB menyerang kubu di Tambunan namun tetap gagal, akhirnya mereka membuat perjanjian damai dengan Mat Salleh, Namun pada tahun 1899 pihak SBUB cuba untuk mengambil allih Tambunan yang mana ia sekaligus telah mencetuskan semula perperangan sehinggalah 1 Februari 1900 apabila Mat Salleh telah terkorban.
Tugu Peringatan yang siap pada tahun 1999 ini adalah untuk memperingati perjuangan oleh Mat Salleh dan pengikutnya dalam mempertahankan dan memperjuangkan kebebasan Sabah. Tugu Peringatan ini juga sememangnya salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara.
Pengunjung yang ingin ke sini sebaiknya memandu kereta sendiri terus ke Kampung Tibabar di Tambunan. Atau boleh menyewa kenderaan sekiranya anda ada lesen memandu untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik dan dapat melawat tempat menarik lain di sekitar daerah Tambunan.
Waktu melawat :
Setiap hari : 9 pagi - jam 5 petang
Bayaran masuk :
Semua : Percuma
Nota :
Bangunannya yang macam di dalam gambar tu telah dirobohkan atas sebab untuk keselamatan kepada para pengunjung yang datang melawat. Jadi anda tidak perlu hairan jika tidak nampak bangunan tu. Tapi jangan risau sebab tugu tersebut masih tetap ada di situ

assalamualaikum, saya nak tanya, ada tak nombor yang boleh saya call untuk menjawab pertanyaan saya
BalasPadampertanyaan saya mengenai tugu Mat Salleh
BalasPadam