Langkau ke kandungan utama

UITM Tawau

Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Tawau merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terdapat di Sabah dan terletak di daerah Tawau, Sabah.

UITM TAWAU



Universiti Teknologi Mara (UITM) Sabah Kampus Tawau salah sebuah IPTA yang terdapat di Sabah dan terletak di daerah Tawau. UITM Tawau telah mula dibuka dan beroperasi pada bulan Disember 1996 dan perasmiannya pula dibuat pada tanggal 10 Jun 1997 yang mana ia telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu YB Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak.

Pada awal penubuhan, UITM Tawau tidak mempunyai kampus yang tetap dan hanya beroperasi di Bangunan MAA di Jalan Bunga Raya, Tawau pada ketika itu. Pada tahun 1997 pula ia pindah ke Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Baru, Tawau pada tahun 2006. 


Walaupun perletakan batu asas untuk kampus tetap di Balung, Batu 26, Jalan Apas dibuat pada tahun 1999 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu YB Dato' Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, namun pembinaannya hanya bermula pada bulan Mac 2009 dan kampus ini siap serta beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2011.

Sehingga ke hari ini telah ramai pelajar-pelajar daripada golongan bumiputera yang telah menghabiskan pengajian mereka di UITM Kampus Tawau ini dalam program pra diploma.

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan UITM Tawau di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
UITM Sabah Kampus Tawau
KM 36, Jalan Apas, Balung,
Peti Surat 61372,
Poskod 91032, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-951611
Faks : 089-951644
Website : https://sabah.uitm.edu.my/

Ulasan