Langkau ke kandungan utama

Universiti Terbuka Malaysia

Universiti Terbuka Malaysia atau Open University Malaysia (OUM) merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang terdapat di Sabah dan mempunyai 4 cawangan di negeri ini.

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA



Universiti Terbuka Malaysia adalah Universiti Terbuka yang pertama telah ditubuhkan di Malaysia iaitu pada tahun 2000. Universiti Terbuka Malaysia dimiliki oleh Multimedia Technology Enchancement Operation (METEOR) Sdn. Bhd. yang merupakan gabungan lebih kurang 11 Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Universiti Terbuka Malaysia (OUM menyediakan pengajian pendidikan jarak jauh atau secara atas talian yang mana ianya dapat memberi peluang kepada sesiapa yang masih bekerja atau pun tidak mempunyai masa untuk membuat pengajian sepenuh masa bagi mendapatkan pengajian atau pendidikan lebih tinggi.


Program yang ditawarkan di Universiti Terbuka ini juga adalah yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga badan-badan professional yang lain. Jadi yang mahu melanjutkan pengajian di sini jangan risau tentang program yang ditawarkan kerana ia memang diiktiraf.

Di Negeri Sabah terdapat 4 buah Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah diwujudkan iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan OUM di cawangan seperti di bawah ini.

Alamat OUM Kota Kinabalu :

OUM Kota Kinabalu
Lot 1-10, Block A, Lintas Jaya Uptownship,
Lintas Kepayan,
88200, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-712652

Alamat OUM Sandakan :
OUM Sandakan
Lot 15, Tingkat Bawah,
Block C, Lorong 1,
Midtown Plaza, Batu 3 1.2,
Jalan Lintas Utara,
90000, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-464627

Alamat OUM Tawau :
OUM Tawau
Lot 390-395, Phase 2,
Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas
91000, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-751 300

Alamat OUM Keningau :
OUM Keningau
1st Floor, Block A-1,
Pegalan Shopping Complex,
89008, Keningau,
Sabah, Malaysia
Tel : 088-712670

Website OUM : www.oum.edu.my

Ulasan