Catatan

Negeri Sabah

Imej
Sabah Negeri Di Bawah Bayu merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia dan mepunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam atau pun luar negara. NEGERI SABAH Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia yang juga merupakan negeri kedua terbesar. Negeri Sabah lebih dikenali dengan nama 'Negeri Di Bawah Bayu' atau 'Sabah Land Below The Wind', ini adalah kerana kedudukan Sabah yang berada di laluan angin monsun. Sebelum merdeka Sabah di kenali dengan nama Borneo Utara, namun telah ditukar kepada Sabah selepas menyertai Malaysia pada 1963. Sabah telah mencapai kemerdekaan atau pemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963, dan pada 16 September 1963 Sabah telah menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia. Ketua Menteri pertama yang dilantik selepas merdeka adalah YAB Tun Muhammad Fuad Stephens iaitu pada, manakala Tuan Yang Terutama pertama yang dilantik adalah Tun Datuk Seri Panglima Datu Mustapha Bin Datu Harun.