Ladang Lembu Mosilou atau juga lebih dikenali dengan nama Desa Cattle merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat menarik ini terletak di dalam daerah Kundasang, Ranau Sabah.
LADANG LEMBU MOSILOU
Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM4.00
Bagi yang mahu membuat sesi penggambaran iaitu seperti penggambaran untuk perkahwinan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00.
Ladang Lembu Mosilou (Desa Cattle) atau juga dikenali dengan nama Projek Tenusu Desa merupakan tempat menarik di Kundasang yang mesti dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke Sabah. Ladang ini mempunyai kira-kira 600 lebih ekor lembu tenusu yang diusahakan oleh Desa Cattle Sdn. Bhd sejak tahun 1980 dengan keluasan ladang 199 hekar. Ladang Lembu Mosilou dapat mengeluarkan 900 ribu liter susu dalam setahun. Kebanyakkan lembu-lembu ini adalah dari baka Friesians yang di import dari Australia dan New Zealand.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di ladang ini adalah seperti memberi makan anak lembu dan dapat melihat bagaimana susu lembu dihasilkan. Selain itu pengunjung juga boleh memberi terus susu segar dari sini dan mendapatkan cenderamata daripada projek lembu tenusu ini seperti Susu Kotak Desa Cattle.
Selain daripada produk susu segar, Desa Cattle juga telah dapat menghasilkan produk tempatan yang lain iaitu seperti ais krim, keju dan yogurt yang sudah cukup terkenal di kalangan penduduk Negeri Sabah. Produk-produk ini boleh juga boleh dibeli terus apabila anda datang melawat ke Desa Cattle ini.
Dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah iaitu pemaandangan Gunung Kinabalu dan digelarkan juga sebagai 'Little New Zealand', maka ia sememangnya menarik perhatian orang ramai terutamanya pelancong untuk datang dan menjadikan tempat ini lokasi penggambaran terutama sekali untuk gambar perkahwinan kerana seolah-olah berada di luar negara.
Untuk ke ladang ini, pengunjung atau pelancong boleh menaiki bas dari pusat bandar Kota Kinabalu yang memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Anda juga boleh memandu sendiri atau menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen) agar dapat memudahkan anda pergi dan balik.
Waktu operasi :

Setiap hari : 8 pagi - 5 petang
Waktu sesi lawatan :
Sesi pertama : 8 pagi - 11 pagi
Sesi kedua : 11 pagi - 2 petang
Sesi ketiga : 2 petang - 4 petang
Sesi ketiga : 2 petang - 4 petang
Buat masa ini lawatan ke Ladang Lembu (Desa Cattle) terhad kepada tiga sesi sahaja setiap hari seperti jadual di atas dan jumlah pelawat untuk setiap sesi juga adalah terhad.
Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM4.00
Bagi yang mahu membuat sesi penggambaran iaitu seperti penggambaran untuk perkahwinan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00.
Oleh kerana waktu sesi lawatan dan jumlah pelawat adalah terhad, maka anda yang teringin untuk datang melawat ke Ladang Lembu (Desa Cattle) ini hendaklah terlebih dahulu membuat tempahan (booking) dengan membeli tiket masuk di laman web Desa Cattle seperti di bawah ini :
Alamat Booking :
https://farmbooking.desaplus.com/
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Ladang Lembu Mosilou atau Desa Cattle ini di alamat seperti berikut :

Alamat :
Dr. Marcel Gisain
Peti Surat 71
Poskod 89308
Kundasang, Sabah
Tel : +6088-889 562
Faks : +6088-889 530
Website : facebook.com/desadairyfarm/
Dr. Marcel Gisain
Peti Surat 71
Poskod 89308
Kundasang, Sabah
Tel : +6088-889 562
Faks : +6088-889 530
Website : facebook.com/desadairyfarm/
thanks for text
BalasPadam