Langkau ke kandungan utama

Air Terjun Mahua

Air Terjun Mahua merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Air Terjun Mahua  terletak di  daerah Tambunan, Sabah iaitu lebih kurang 13 km dari Pekan Tambunan.

AIR TERJUN MAHUA



Air Terjun Mahua mula dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula pada bulan Jun 2003. Air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang cantik di negeri ini dan ia terletak di dalam daerah Tambunan iaitu di kawasan Kampung Patau, Tambunan kira-kira 13 km dari pekan Tambunan. Air Terjun Mahua ini mempunyai ketinggian 17 meter dan menjadi salah satu tempat menarik untuk dikunjungi oleh siapa saja tidak kira penduduk tempatan, pelancongan dalam negara atau pun pelancong luar negara yang datang ke Sabah khususnya ke daerah Tambunan. 

Untuk ke air terjun ini, dari Pusat Bandar Kota Kinabalu akan memakan masa lebih kurang dalam 1 jam sehingga 1 jam 30 minit dan pengunjung sebaiknya menaiki atau pun memandu kenderaan sendiri, tapi kalau tiada kereta atau kenderaan sendiri bolehlah cuba untuk menyewa kenderaan (yang penting anda mempunyai lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalan pergi dan balik dari sini.


Setelah pengunjung sampai ke kaunter pembayaran air terjun, pengunjung akan berjalan kaki sejauh lebih kurang 500 meter lagi dilaluan khas yang disediakan untuk sampai ke kawasan Air Terjun Mahua. Sepanjang berjalan dilaluan khas ini juga pengunjung akan dapat melihat pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan rama-rama.

Dekat pintu masuk ke Mahua terdapat juga rumah penginapan untuk sesiapa yang ingin bermalam di sini. Gerai makan juga ada dibina di sini untuk yang ingin membeli makanan.

Bayaran masuk :
Warganegara :
Dewasa 18 tahun ke atas : RM 3.00
Kanak-kanak (18 tahun ke bawah : RM 1.00
Student (16 tahun ke bawah) : RM0.50

Warga asing :
Dewasa (18 tahun ke atas) : RM 10.00
Kanak-kanak (18 tahun ke bawah : RM 6.00
Student (16 tahun ke bawah) : RM6.00


Ulasan

Catat Ulasan