Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional Sabah. Kulintangan biasanya banyak diguna dan dimainkan semasa sambutan majlis keramaian atau majlis rasmi.
KULINTANGAN
Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional negeri Sabah. Ia banyak digunakan dan dimainkan oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun ketika menyambut majlis keramaian, perayaan atau majlis rasmi. Kulintangan biasanya mempunyai 8 hingga 9 buah gong-gong kecil yang di susun sebaris dan apabila dimainkan ia akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain dengan menggunakan dua alat pemukul kayu yang kecil.
Terdapat beberapa perbezaan dari segi jumlah kulintangan dibeberapa daerah, contohnya seperti daerah Telupid dan Beluran iaitu suku kaum Dusun Labuk jumlah kulintangan yang biasa digunakan adalah sebanyak 9 manakala etnik dari daerah lain biasanya dalam 6 hingga 7 kulintangan saja.
Selain itu juga, kulintangan yang dimainkan juga mempunyai perbezaan dari segi alat muzik iringan tradisional antara daerah, contohnya di sebelah Pantai Barat biasanya akan hanya menggunakan kulintangan sahaja tanpa sebarang alat muzik iringan tradisional, manakala di Pantai Timur seperti Telupid dan Beluran kulintangan yang dimainkan akan diiringi dengan paluan 3 jenis gong yang berbeza saiz.
Tiga jenis gong yang biasa digunakan oleh etnik Dusun Labuk dinamakan Tulakan, Tunggal dan Babandil yang mempunyai rentak muzik berbeza antara satu sama lain. Antara 3 gong tersebut, Babandil adalah yang paling kecil namun mempunyai peranan yang cukup penting kerana bunyinya yang lebih nyaring akan dapat memudahkan 2 lagi gong dapat dimainkan dengan lebih sempurna mengikut rentak.
Kulintangan pada masa kini banyak diperbuat dengan menggunakan zink. Ini kerana ianya lebih mudah dibentuk dan harga zink juga lebih murah jika di bandingkan dengan menggunakan besi atau tembaga. Di Sabah, alat muzik ini banyak di hasilkan di daerah Kudat yang mana di sini terdapatnya kilang atau tempat untuk membuat gong untuk dipasarkan di seluruh Sabah.
Alat muzik ini sememangnya merupakan satu alat muzik yang penting kerana sehingga kini ia masih banyak digunakan ketika majlis-majlis rasmi seperti ketika menyambut kehadiran pembesar atau ketua negeri apabila menyambut sesuatu perayaan atau pun pesta. Ia juga banyak digunakan ketika membuat persembahan kepada pelancong asing terutamanya yang dari luar negara.

artikel yang bagus.. jangan layan tu babi unknown.. klu dia mau tau lebih, pigi dia cari orang yang pandai buat
BalasPadamMisi mencari bunyi dari dearah paitsn
BalasPadam