Langkau ke kandungan utama

Sandakan Scouts Nature Park

Sandakan Scout Nature Park merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini dimiliki oleh Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sandakan dan terletak di Batu 4, Sandakan, Sabah.

SANDAKAN SCOUTS NATURE PARK


Sumber Gambar : Wikimedia

Sandakan Scouts Nature Park atau juga disebut dengan nama Gilwell Scouts Nature Park Sandakan merupakan taman yang dimiliki oleh Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah sejak 15 Ogos 2003. Taman ini terletak di Batu 4, iaitu kira-kira 7 km dari pusat bandar Sandakan. Taman ini juga amat menekankan usaha untuk pengurusan, melestarikan dan pendidikan alam sekitar untuk mencapai objektif sosial dan biodiversiti negeri Sabah.

Pada 12 Mei 2021, Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia memperakui dan mengiktiraf Gilwell Scouts Nature Park Sandakan sebagai sebahagian daripada rangkaian Pusat Kecemerlangan Alam Semula Jadi, Alam Sekitar dan Kelestraian (SCENES). Ini merupakan satu peristiwa yang amat penting bagi Pengakap Malaysia kerana Pertubuhan Pengakap Sedunia pada masa ini baru memperakui 38 Pasukan Pengakap saja dari seluruh dunia dan daripada 38 tersebut hanya ada 3 sahaja yang terletak di Asia termasuklah Gilwell Scouts Nature Park Sandakan.


Dengan pengiktirafan yang diberikan ini ianya cukup bermakna buat Persatuan Pengakap di negara ini kerana bukan sahaja mengharumkan nama Persatuan Pengakap di Malaysia, namun ia juga dapat mengharumkan nama Malaysia sekaligus memberi kebanggaan kepada semua rakyat di negara ini.

Selain daripada dibuka untuk kunjungan orang ramai, taman ini juga merupakan tempat bagi ahli-ahli pengakap terutamanya pengakap daerah Snadakan membuat pelbagai aktiviti mereka seperti Jambori Pengakap, perjumpaan, perkhemahan dan lain-lain lagi. Di sini pengunjung akan diberikan pendidikan tentang pentingnya melestarikan alam sekitar


Bagi pengunjung yang datang ke sini, ia merupakan satu peluang terbaik untuk mengenali dengan lebih dekat Persatuan Pengakap Malaysia, terutama sekali Pengakap Daerah Sandakan dan juga taman ini.

Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas tetapi pengunjung akan berjalan kaki lagi untuk beberapa minit sebelum sampai ke sini. Untuk lebih mudah pengunjung boleh memandu sendiri atau menyewa kenderaan (jika anda ada lesen) atau pilihan lain anda boleh menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain.

Ulasan

Catat Ulasan