Tarian Sumazau merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian Sumazau adalah tarian yang sangat popular di Sabah dan merupakan tarian tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun.
TARIAN SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah yang sangat popular dan tarian ini juga dianggap sebagai tarian ikonik bagi Negeri Sabah. Tarian ini selalu ataupun sering dipersembahkan ketika sambutan Pesta Kaamatan dan majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, keramaian dan majlis-majlis rasmi. Walaupun tarian ini kini banyak dipersembahkan ketika majlis keramaian namun, tujuan asal Tarian Sumazau ini dipersembahkan ialah untuk menyambut kedatangan 'Bambaazon' iaitu semangat padi yang mana biasanya dilakukan selepas selesai aktiviti menuai padi.
Tarian ini biasanya ditarikan oleh suku kaum Kadazan-Dusun yang terdiri daripada penari lelaki dan penari wanita dengan memakai pakaian tradisional suku kaum mereka. Penari wanita akan memakai baju tradisi mereka yang berwarna hitam dengan benang berwarna keemasan sambil sambil dihiasi dengan selendang dan himpogot iaitu sejenis tali pinggang yang dibuat dari duit syiling perak dan juga tali pinggang tangkong yang dibuat dari tembaga. Penari lelaki pula akan memakai pakaian tradisi berwana hitam dan benang berwarna keemasan sambil dihiasi dengan daun silad kering yang digantung di pinggang mereka sebagai ganti kepada padi.
Tarian ini ditarikan sambil diiringi paluan gong yang biasanya menggunakan 6 buah gong berlainan saiz agar nanti muzik yang dimainkan sesuai dengan rentak tarian. Penari lelaki dan wanita akan menarikan tarian ini dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka hingga ke paras bahu sambil mengibarkan tangan mereka seperti sayap burung yang sedang terbang. Penari akan dipasangkan antara lelaki dan wanita dan mereka akan menari berhadapan dan menggerakkan kaki dengan langkah kecil sambil mengangkat tumit kaki dan menurunkannya semula mengikut irama lagu yang dimainkan.
Biasanya ketika tarian ini ditarikan, rentak dan tempo pukulan gongnya antara satu daerah dengan daerah yang lain adalah berlainan, namun cara tarian yang ditarikan adalah lebih kurang sama iaitu dengan perlahan dan lemah lembut. Penari juga akan berjarak beberapa sentimeter antara satu sama lain dan tidak bersentuhan.
Pada masa kini Tarian Sumazau menjadi salah satu tarian utama di Sabah sehinggakan semakin ramai masyarakat atau penduduk di negeri ini yang bukan dari suku kaum Kadazan-Dusun sudah dapat menarikan tarian ini dengan baik ketika di majlis keramaian seperti perkahwinan atau pun ketika majlis rasmi. Dengan tidak mengira suku kaum dan peringat umur mereka akan menari bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tarian yang dianggap ikonik bagi Negeri Sabah ini mampu mewujudkan ikatan yang lebih baik antara semua kaum di negeri ini sekaligus dapat mengekalkan keharmonian yang sudah terjalin antara kaum-kaum di Sabah. Selain itu dengan keunikan cara tarian ini, ianya sudah pasti akan dapat menarik minat dan perhatian para pelancong terutamanya pelancong luar negara untuk mencuba menarikannya tarian ini apabila datang melawat ke negeri Sabah.
slamat malam Tuan, mau minta kebenaran pakai ini artikel untuk saya terbitkan dlm bentuk video☺️
BalasPadamI HAVE SO MANY SEJARAH TENTANG TARIAN SUMAZAU
BalasPadam